Ciri-ciri Lintasan belang

Lintasan belang mempunyai ciri-ciri jalur selang-seli berwarna muda dan tua yang memanjang di atas jalan raya, selari dengan arah aliran lalu lintas. Keserupaan tandaan itu yang seperti seekor kuda belang telah memberikan nama kepada lintasan tersebut. Warna muda biasanya adalah putih dan warna tua pula mungkin dicat—di mana kebiasaanya berwarna hitam—atau dibiarkan tidak bercat jika permukaan jalan itu sendiri berwarna tua. Jalur-jalur tersebut biasanya mempunyai kelebaran kira 40-60 sentimeter (16-24 inci).

Di United Kingdom, lintasan belang ditandakan bersama dengan mata arah Belisha. Ia memancarkan cahaya glob ambar pada tiang hitam dan putih dan diletakkan di setiap sisi jalan; dinamakan sempena Leslie Hore-Belisha, Menteri Pengangkutan yang memperkenalkan tiang tersebut pada tahun 1934. Pejalan kaki mempunyai hak jalan apabila mereka menggunakan lintasan: Kod Lebuh Raya menyatakan bahawa lalu lintas jalan raya "mestilah memberi laluan kepada seseorang pejalan kaki yang bergerak di atas suatu lintasan."[1]

Di negara-negara lain, lintasan belang juga digunakan pada lintasan pejalan kaki yang dikawal oleh isyarat lalu lintas.[2]